TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG SAYA .. SAYA GEMBIRA JIKA ANDA KLIK IKON IKLAN SAYA

Tuesday 6 December 2016

PULAU PULAU TUNKU ABDUL RAHMAN

Assalamualaikum semua.

Terasa hendak berendam dalam air hari ni. Mungkin ini disebabkan oleh cuaca yang sangat panas. Dijadikan cerita, Hari ini saya nak buat entry tentang pulau-pulau yang indah di sekitar Kota Kinabalu, iaitu Pulau Tunku Abdul Rahman. Terdiri daripada 5 buah pulau, yang terletak diantara 3-8 km dari luar Kota Kinabalu. Terbentang kira kira 4929 hektar, serta dua dua per tiganya terdiri daripada kawasan laut. Taman ini terletak kira-kira 20 minit perjalanan menaiki bot dari Bandaraya Kota Kinabalu. Pulau pulau tersebut adalah Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug. Pengunjung boleh mengunjungi pulau-pulau ini dengan melalui Terminal Feri Jesselton Point di Pusat Bandaraya Kota Kinabalu.

Pengunjung boleh menikmati keindahan pantai dan juga terumbu karang yang masih lagi terpelihara. Bagi si pengembara, anda boleh merasai pengalaman merentasi hutan, melalui denai-denai kecil di Pulau Sapi dan juga Pulau Gaya. Pulau-pulau ini juga merupakan tempat perlindungan Pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Yang uniknya disini, terdapat sejenis burung yang paling ganjil iaitu Burung Tambun. Burung ini kelihatan ganjil disebabkan oleh bentuk fizikalnya yang seperti ayam, mempunyai kaki yang besar dan berbunyi seperti seekor kucing... hahaha rasa lucu kan oppss..



BAGAIMANA UNTUK SAMPAI KE PULAU PULAU TUNGKU ABDUL RAHMAN

Bagi pengunjung yang pertama kalinya ingin mengunjungi Pulau Pulau Tungku Abdul Rahman, anda boleh memilih Jeti Jesselton Point untuk sampai ke Pulau Pulau yang anda inginkan. Terdapat banyak pilihan kaunter untuk dipilih.


Kaunter Tiket


KADAR SEWA BOT 

Pengunjung boleh memilih beberapa Syarikat yang menyediakan perhidmatan Bot Sewa
berikut merupakan beberapa link yang berguna untuk pengunjung pilih




Sabah Tourism





Wednesday 10 February 2016

KOTA KINABALU



Sabah Negeri Di Bawah Bayu adalah negeri kedua terbesar di Malaysia, yang terdiri daripada 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan. Dengan kawasan yang menjangkau 72,500 kilometer persegi, dipenuhi dengan pantai yang dikelilingi oleh Laut China Selatan di bahagian Barat, Laut Sulu di bahagian Timur Laut dan Laut Celebes di bahagian Timur, Sabah terletak di bahagian paling utara Borneo dan juga merupakan pulau ke-3 terbesar di dunia..


Penduduk Sabah terdiri daripada 33 kumpulan pribumi yang berkomunikasi dalam lebih 50 bahasa dan 80 dialek etnik. Kadazan-Dusun adalah kumpulan etnik yang terbesar di Sabah yang membentuk hampir 30% daripada keseluruhan jumlah penduduk. Pesta Menuai yang disambut pada 30 & 31 Mei setiap tahun adalah percutian yang amat diraikan oleh etnik Kadazan-Dusun bagi menghormati Roh Beras dan untuk bersyukur di atas tuaian yang banyak. Bajau, atau juga dikenali sebagai 'Koboi Timur', dan Murut, iaitu orang-orang bukit dan pemburu kepala pada masa lalu, adalah kumpulan etnik kedua dan ketiga terbesar di Sabah. Suku kaum lain-lain adalah termasuk suku kaum bumiputera seperti Bisaya, Melayu Brunei, Bugis, Kedayan, Lotud, Ludayeh, Rungus, Suluk, Minokok, Bonggi, Ida'an, dan banyak lagi. Di samping itu, orang Cina juga termasuk dalam kumpulan utama bagi penduduk bukan pribumi.


BAGAI MANA  UNTUK DATANG KE SABAH




Sabah mempunyai 1 Lapangan Terbang Antarabangsa iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa (KKIA) yang terletak di Bandaraya Kota Kinabalu dan 3 lapang terbang domestik iaitu Sandakan Airport di Sandakan, Lahad Datu Airport di Lahad Datu dan Tawau Airport di Tawau.

Bagi anda yang datang luar dari Sabah anda akan tiba di Kota Kinabalu International Airport (KKIA), Setibanya anda di lapangan terbang kota kinabalu boleh pergi ke Bandaraya KK dengan menaiki Teksi, Bas Mini  ataupun bagi mereka yg berpoket tebal, menempah terus dr pihak hotel utk menjemput mereka ke hotel.

Teksi ke KK : Angaran RM30-35
Bas nombor 16C : Bandaraya  Kota Kinabalu
Kereta sewa : Semurah Dan semahal  RM100++ (Mengikut Jenis Kereta)



TEMPAT TINGGAL / PENGINAPAN DI SEKITAR KOTA KINABALU



Pilihan penginapan bergantung kepada bajet yang ada daripada semewah alam sehinga hotel budget, pilihan Hotel bajet, hotel mewah, Apartment & guesthouse walk in terus tanya harga. Cadangan Lokasi Waterfrond, warisan square dan Jalan gaya boleh tinggal di sini,  kerana pengangkutan mudah diperolehi


DESTENASI-DESTENASI MENARIK YANG BOLEH DILAWATI DI SEKITAR BANDARAYA KOTA KINABALU 



Apa yang buatkan Bandar Raya Kota Kinabalu ni best, pertama heaven dengan barangan kraftangan daripada mutiara seperti keronsang, butang baju melayu, rantai-rantai mutiara yang panjang-panjang yang mak datin pakai dalam drama melayu memang banyak dijual, serius memang murah!. Tips kena pandai tawar menawar, bukan setakat 30% tapi 70% ke atas serta  seminimun yang boleh harga yang barang yang hendak dibeli selalunya memang akan dpat best price bergantung kepada season anda pergi.


Kedua makanan yang dijual fresh tambah-tambah di pasar malam! jadi cubalah antaranya kepak ayam bakar, makanan tradisional etnik sabah dan seafood so yummy! murah serta saiznya agak besar pulak tu..


Ketiga kalau nak beli barang cenderahati macam Fm, baju t-shirt i love sabah, keychain, barang-barang mutiara memang saya recomended anda untuk ke Pasar Malam Kampung Air harga barang begitu memang murah dijual, jauh beza harga di pusat Kraftangan atau Pasar Filipina *harga tak tetap bergantung kepada nasib dan skill tawar menawar, lepas tu muka kena tebal kalau nak dapat best price


Di sini saya senaraikan Pasar-pasar yang ada di Kota Kinabalu



  • Pasar filipina
  • Pasar Malam Sinsuran
  • Pasar Malam Kampung air
  • Pasar kraftangan
  • Pasar Ikan Masin
  • Pasar Besar
  • PAsar Ikan Basah
  • Pasar Safma (12.00am -7.00am shj setiap hari)
  • Tamu Mingu Gaya street(pagi ahad shj)



Pasar Malam Sinsuran dan Pasar Filipina Kota Kinabalu
Gerai Kerepek 
Makanan ringan yang wajib dibeli  Amplang hanya ada di Sabah! beli la satu! macam-macam perisa ada ikan, udang, sotong, harga 3 bungkus RM10.00 / 5 bungkus 20.0  Ada juga pelbagai jenis biskut dan karepek yang dijuai mana yang berkenan boleh beli, agak-agak bajet nak membeli macam kurang nak pi rasa yang taster peniaga bagi pun dah boleh kenyang.
Di Pasar krangkraf, pelbagai cenderahati dijual dari beg galas, beg berotan, keronsang mutiara, baju dan lain-lain. Kalau nak cari barang-barang mutiara boleh pergi ke pasar malam Kampung air.
Image result for gambar tempat tempat menarik sekitar kota kinabalu
Mutiara Di Pasar Felifin








MUZIUM SABAH


Muzium Sabah terletak dalam kawasan 17 hektar tanah di Bukit Istana Lama, Kota Kinabalu, Kompleks ini bukan sahaja mengandungi muzium yang betul, tetapi juga merupakan taman ethnobotanic, zoo dan perkampungan warisan. Bangunan utama juga menempatkan galeri seni Sabah Galeri lain meliputi tamadun Islam, arkeologi dan sejarah, Sejarah semula jadi, seramik dan Perkakas Gangsa .Misi muzium adalah untuk mengumpul, memelihara, dan memulihara dokumen, arkeologi, sejarah, Numismatik, seni-sejarah, botani, koleksi zoologi dan mineralogi etnografi dari seluruh negeri, dan juga untuk menjalankan penyelidikan mengenai aspek-aspek penting dan menarik sejarah Sabah, budaya, sejarah sosial dan alam semula jadi





Bolehlah Merujuk Peta Dibawah Untuk Ke Sana



kredit utk peta de Musium Sabah

Bayaran Masuk

Wargnegara Malaysia RM2.00
Warga Asing                RM15.00

Percuma untuk : Orang Kurang Upaya,Pelajar Berpakaian Sekolah,Tetamu kanan Dan Pemandu Texsi

Dibuka Setiap Hari Dari 9.00am-5.00pm






MASJID BANDARAYA TERAPUNG LIKAS

                                                                                                                         Anda boleh singgah di Masjid Bandaraya Terapung Kota Kinabalu. .Masjid ini terletak di kawasan yang indah di persisiran  pantai Teluk Likas di Laut China Selatan.  Pada asalnya tapak masjid adalah kawasan pantai dan persisir air laut Kampung Likas.Tapak seluas 14.83 ekar ini mula ditimbus pada bulan Julai 1989 dan siap pada bulan Ogos 1989. Namun pembinaan masjid telah tergendala beberapa ketika kerana masalah kewangan. Akhirnya masjid telah dibuka secara rasmi pada 2 Feb 2000. Dewan solat masjid ini besar sehingga boleh memuatkan 12,000 orang jemaah dalam satu masa. Sebahagian besar dari masjid ini dikelilingi lagun buatan manusia. Dari sinilah timbulnya gelaran Masjid Terapung ini. Masjid ini mempunyai unsur persamaan dengan beberapa sudut pemandangan Masjid Nabawi Al- Munawwarah. Ini menjadikannya kelihatan begitu unik, indah dan mengkagumkan 


MUZIUM MARIN UMS


Image result for muzium marin ums
Destinasi seterusnya yang boleh anda lawati di sekitar Kota Kinabalu ialah Muzium Marin UMS, Sabah terletak di dalam Universiti Malaysia Sabah, Di dalam muzium ini dipamerkan pelbagai jenis ikan dari sekecil ikan Memo sehingga sebesar ikan Kerapu dan shark. Antara ikan yang termahal dipamerkan di dalam muzium ini adalah daripada spesis Napolean Wrasse yang panjangnya setengah meter dan kerapu gergasi yang berukuran satu meter panjang. Ikan-ikan ini merupakan antara ikan yang mahal harganya dan dijual di pasaran Hong Kong pada harga RM200 sekilogram!



Image result for muzium marin ums

HARGA TIKET YANG DIKENAKAN
RM5.00 untuk orang awam
RM2 (kanak-kanak)
RM3.00 (pelajar individu)
RM25 (pelajar sekolah berkumpulan 10 orang)
RM4 (pelajar individu IPTA/IPTS)
RM35 (pelajar IPTA/IPTS berkumpulan)
RM3.00 (warga emas).
Dibuka setiap hari kecuali hari Rabu dan Cuti Umum


MENARA JAM ATKINSON

Menara Jam Atkinson Menara Jam Atkinson ini telah dibina oleh Maryd Edith Atkison dari England pada tahun 1902 dan siap pada tahun 1905. Menara jam ini dibina daripada kayu Mirabau dan berketinggian 157 meter (48 kaki).


SIGNALL HILL OBSERVATORY PLATFORM


Menara Pemerhati Bukit Bendera atau dalam Signal Hill Observatory Platform. Merupakan lokasi terbaik untuk melihat pemandangan yang mabeles bandaraya Kota Kinabalu. Hanya beberapa minit memandu dari Padang Merdeka akan membawa anda ke dek berangin di mana anda boleh mendapatkan pemandangan yang menakjubkan sehingga ke pulau-pulau di Taman Tunku Abdul Rahman. Disini Juga Anda Boleh Melihat Matahari Terbenam Yang cantik..

Sekiranya anda tidak mempunyai kenderaan sendiri, anda boleh menaiki teksi dengan tambang antara RM10-RM15 ke lokasi tersebut. Anda perlu menaiki kenderaan sendiri ataupun teksi sahaja memandangkan ianya adalah di luar laluan biasa bas. Ataupun Boleh Sahaja Pergi Dengan Berjalan Kaki Dgn Memilih Berjalan Kaki Dari Padang Merdeka ataupun Melalui Tangga Pejalan Kaki.


Menara Pemerhati Bukit Bendera dibuka setiap hari dari jam 8.00 am hingga 12.00 am. Masuk adalah percuma. di sini juga ada tersedia sebuah Cafe.


Cerita ini belum habis lagi.. masih banyak tempat-tempat menarik yang pasti anda berminat untuk kunjungi.. Tunggu sambungannya akan datang ya... can cin cau bayee..


TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG SAYA .. SAYA GEMBIRA JIKA ANDA KLIK IKON IKLAN SAYA